Sunday, June 5, 2011

Laporan: UDA FC vs. MBJBT

Tarikh: 3 Jun 2011
Tempat: Padang MBJBT Taman Tun Aminah, Johor Bahru
Waktu: 2030hrs onwards...

Main Malam! Itu adalah fakta yang amat menarik bagi pemain² dan fans UDA FC. Rata² semua tak pernah main bola padang pada waktu malam. Tengok bola atau main futsal ada la. Satu peluang keemasan bagi kami. Masa baru sampai rasa cam Champions League pulak. khakhakhakha! Poyo! Keputusan? Team UDA FC tewas 6-1 kepada MBJBT. Team diorang tere dow! Wing die laju nak mampos. Credits tu Mr. Halim (penjaga gawang UDA FC) kerana berjaya mengawal gawang dengan baik. Kalau tak dah macam ape ntah. khakhakhakhakhakha! Good game lads!

Kondisi padang: 1.5/5 Padang sawah! Baru lepas hujan. Memang sawah giler! Spotlight tak cukup terang, sejuk! lagi ape ntah (alasan, dah kalah wat la cara kalah)
Kondisi Pengadil: 4/5 rata² telah menjalankan tugas dengan baik.
Keadaan Padang waktu malam


Upacara pembersihan beramai² setelah 90 minit bermain lopak
Kepuasan terpancar walaupun kalah.


Sekian untuk kali ini. Majulah bolasepak untuk medan selera...

Sunday, February 20, 2011

Friendly: Rahmat FC vs Sahabat United

Sallam 1 Malaysia. Perlawanan ini adalah pada hari Maulidurasul yang lepas. Aku minta maaf sebab lama tak upload blog aku kerana kekangan masa. Pada aku game ini adalah game 'kawan-kawan'. Sebab aku main untuk 2-2 team ni. Permainan menarik dan bersih. Cuma ada 1 kad kuning dilayangkan kepada Encik Fikry a.k.a Bulu. Good game lads. Aku seronok kerana 2 perkara: 1 sebab kawan-kawan UDA get to know kawan-kawan sahabat utd. 2 sebab test boot baru. Hehehehehe

Rating:
Result: Rahmat FC 2 Sahabat Utd 1
Padang: 2.5/5 Baru lepas ujan. Lecak laaa...
Referee: 3.5/5


Sesi Penggambaran Rahmat FC sebelum game. (aku takde sebab aku main utk Sahabat)

Tuesday, January 25, 2011

Friendly Sahabat Utd vs. XXX


Time: 1730 hrs jam Melayu
Venue: Padang Bola Polis Depoh Johor Bahru

Sahabat United, team bola padang yang selalu gak aku main. Sebab yang main ni member2 aku. The best thing about Sahabat United ni ialah kitorang tak kisah kalah ke menang. (seperti yang aku katakan awal2) So far game menarik. Penguasaan bola banyak kepada Sahabat United. Tapi nasib tak menyebelahi kami. So tarak hal la. Apa yang menarik tentang game ni? Terpaksa diberhentikan sebentar bagi memberi penghormatan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang lalu kat situ. Hehehehehe. Kereta power tu...

Rating Padang: 4/5 (baru lepas hujan renyai2. Sejuk. Padang lembab tapi tak lecak. Best)
Rating Referee: 3/5 (ada beberapa handball dari kedua2 belah pihak tapi semua play on! Mata wei! Mataaaaa!!!
Keadaan Padang

p/s: Sori gamba takleh upload. problem laaaa broadband ni! Pulangkan duit kamiiiiiiiiiiiiiiiii!!!


Monday, January 17, 2011

Introduction

Sallam 1 Malaysia,

Seperti yang kita lihat sekarang ini, senario bolasepak di Malaysia semakin berkembang-kuncup. Berkembang dengan pesatnya seperti gelanggang² futsal di seluruh negara terutama di taman² perumahan. Kuncupnya seperti kekurangan padang² bolasepak yang telah ditarah dan di ratakan bagi membina kondominium, rumah kedai dan lain². Bagi aku, senario ini menguntungkan pemaju² perumahan, malangnya merugikan senario bolasepak Malaysia yang semakin suram. Sampaikan sekarang ni nak main bola pon kene bayar? Jadi blog ini dipersembahkan kepada semua bagi menjamu para kipas susah mati bola padang terutama sekali di daerah Johor Bahru. Aku taik bola. Kalah menang belakang cerita. Janji main bola...